Home Artikel PAS Kedah

Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Kedah bertemu Abang Kamal : usahawan muda berjaya

324
SHARE

JITRA – Sejurus selesai bermesyuarat bagi membincangkan program Ziarah Kebajikan pada masa akan datang, Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid telah mengunjungi Ladang Cili Fertigasi di Kampung Nangka, Napoh.

Ladang Cili tersebut adalah milik seorang Usahawan Muda bernama Saudara Muhammad Kamal, yang diusahakan sendiri olehnya bagi menghasilkan cili-cili segar lagi bekualiti tinggi.

Saudara Muhammad Kamal dilaporkan telah menceburi bidang pertanian ini baru sahaja beberapa tahun, namun sudah mampu untuk mengembangkan lagi hasil tanaman beliau sehingga dapat membuka satu ladang yang luas.

Sistem yang digunakan pula adalah sistem fertigasi, rata-rata petani yang menggunakan teknologi ini terbukti dapat meningkatkan hasil dan mempunyai daya maju yang tinggi.

“Saya doakan Abang Kamal terus maju dalam bidang pertanian ini,

“Siapa kata anak muda tak mampu nak mengecapi kejayaan melalui pertanian?

“Anak muda pada hari ini kerana berani mencuba, usaha dengan sehabis baik kerana kejayaan itu tidak akan datang bergolek”, ujar Ustaz Ku Abd Muhyi ketika dihubungi.