Home Berita PAS Melaka

Pengarah PASTI Melaka syukur SOP dipatuhi

1262
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

TANGGA BATU, 1 Julai : Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka Ustaz Mohd Shafiq Ismail melahirkan rasa syukur melihat PASTI mematuhi prosedur operasi standard (SOP) hasil lawatan dan tinjauan ke beberapa buah PASTI di sini hari ini.

Antara PASTI yang telah dilawati dan ditinjau adalah PASTI Al-Huda Tangga Batu, PASTI Siti Khadijah Terendak, PASTI Annuriah Sungai Udang, PASTI Sumayyah Tangga Batu dan PASTI At-Tanwir Tangga Batu.

“Alhamdulillah pagi ini saya telah membuat lawatan dan tinjauan operasi pembukaan semula PASTI bagi memastikan SOP diikuti oleh Pengurusan PASTI cawangan.

“Secara keseluruhannya, SOP yang disarankan telah diikuti dengan sebaik mungkin.” Ujar beliau.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)