Home Kenyataan Media Presiden PAS

Takziah Atas Pemergian Ustaz Hilmi Aminuddin, Mantan Ketua Majelis Syuro PKS Ke Rahmatullah

629
SHARE

TAKZIAH ATAS PEMERGIAN USTAZ HILMI AMINUDDIN, MANTAN KETUA MAJELIS SYURO PKS KE RAHMATULLAH

PAS mengucapkan takziah atas pemergian Ustaz Hilmi Aminuddin, Mantan Ketua Majelis Syuro PKS yang kembali ke rahmatullah semalam.

Jasa dan pengorbanan beliau amat besar dalam bidang dakwah, pendidikan, kebajikan dan politik di Indonesia dan rantau Nusantara. Pemergiannya satu kehilangan yang dirasai oleh seluruh umat Islam Indonesia.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, diterima amal solehnya dan ditempatkan di kalangan para solihin.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 10 Zulqa’adah 1441 / 1 Julai 2020