Home Artikel PAS Melaka

Pengarah MusMedik Malaysia turun beri sokongan AMBD Melaka

366
SHARE

Oleh : Siti Hajar

HANG TUAH JAYA, 17 Januari : Walau dalam kesibukan bekerja on-call, tidak menghalang Pengarah MusMedik Malaysia, Datin Dr. Reen Mohd. Amin untuk hadir memberi sokongan kepada program Amal Mega Blood Donation (AMBD) anjuran Jabatan Amal Negeri Melaka (JAM) di AEON Bandaraya Melaka, di sini, sebentar tadi.

Beliau yang juga merupakan Pengarah MusMedik Negeri Melaka berkata tujuan beliau hadir ialah untuk memberi khidmat dan sokongan terhadap AMBD sekaligus membawa ahli keluarga untuk sama-sama menderma darah.

“Saya datang untuk temankan anak lelaki saya menderma darah buat kali pertama dan memandangkan saya masih dalam on-call, saya hanya dapat meluangkan masa sekejap sahaja,” jelas beliau sambil tersenyum ramah.

Dalam pada itu, lain kisahnya buat Penyelia AEON Wellness, Nur Hidayah Muhammad, 37, yang komited menderma darah walaupun akan masuk bekerja selepas itu.

“Saya ni pemilik darah jenis O. Memang rasa terpanggil sangat untuk menderma, sebab darah jenis O sangat sukar didapati dan masih lagi kekurangan stok,” jelas beliau kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM).

Untuk makluman, program Amal Mega Blood Donation akan berhenti rehat sementara pada jam 1.30 petang dan akan disambung semula pada jam 3 petang.