Home Berita PAS Kedah

Pengarah Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Malaysia melawat PPV PPD Kulim

41
SHARE

KULIM, 28 Julai 2021: Pengarah Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Malaysia, Tuan Norazman Ishak turun menyantuni petugas sukarelawan PPV Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah (Zon Selatan) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV ) PKD Kulim.

Turut bersama Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasron Othman , Pengarah Jabatan Amal Negeri Kedah, Ustaz Shaiful Syazwan Shafie, barisan Kepimpinan dan ahli lembaga pengarah Jabatan Amal Negeri Kedah. Rombongan tiba di PPV PKD Kulim pada jam 11.50 Tengahari.

Ketibaan Tuan Norazman Ishak disambut oleh ketua Task Force Sukarelawan PPV Jabatan Amal Tuan Abdullah dan seluruh petugas.

Sesi taklimat perjalanan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disampaikan oleh Ketua Task Force sukarelawan PPV Jabatan Amal kepada rombongan meliputi skop tugas, proses perjalanan bagi seseorang penerima Vaksin dan bentuk sokongan daripada pelbagai pihak yang membantu Jabatan Amal dalam tempoh tugasan yang masuk hari ke 37.

Selesai sesi taklimat,Norazman dan rombongan dibawa bertemu Pegawai Kesihatan Daerah Kulim,Dr Hj Alias bin Hj Abd. Aziz untuk menyampaikan sedikit ucapan dan mendengar laporan berkaitan perjalanan semasa Pusat Pemberian Vaksin serta pandangan beliau kepada Anggota Amal yang bertugas.

Rombongan kemudian dibawa masuk ke tempat Pemberian Vaksin untuk menyantuni seluruh petugas dan melihat perjalanan proses pemberian vaksin bermula semakan Aplikasi MySejahtera, pendaftaran, kaunter isi borang, kaunter pengesahan pihak Doktor sehingga bilik Suntikan Vaksin.

Mewakili Sektor Tanggungjawab Sosial dan Kemasyaratan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia atas kesudian meluangkan masa melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) PKD Kulim dan menyantuni seluruh Anggota Amal dan pihak KKM yang bertugas dalam memastikan kelancaran gerak kerja dan kesudian menyampaikan sumbangan makanan, minuman dan sedikit cenderahati kepada Petugas Sukarelawan PPV Jabatan Amal Negeri Kedah (Zon Selatan).

Seterusnya rombongan Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kuala Ketil YB Mejar (B) Mansor Bin Zakaria bagi melihat Pusat Penilaian COVID-19(CAC) Daerah Baling.