Oleh RABIATON KARIM
KOTA BHARU, 21 Ogos: PAPISMA Kelantan, hari ini, telah menganjurkan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 PAPISMA bagi siri 3.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan & Kesihatan yang juga ADUN Kijang berkata PAPISMA sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa kehadapan dalam memberi khidmat kepada masyarakat khususnya dalam bidang kesihatan.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada PAISMA atas penganjuran Program Outreach Vaksinasi COVID-19 siri 3 menunjukkan komitmen mereka dalam membantu kerajaan bersama-sama untuk mencapai ‘herd immunity’.
#KELANTANKUBERSIH
#KITAJAGAKITA