Home Berita PAS Kelantan

Penerima vaksin disaran bawa bekas ubat sebelum ke PPV

109
SHARE
Oleh CHE MAZIAH MAT
KOTA BHARU, 6 Jun: Penerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) disaran membawa bekas ubat-ubatan yang digunakan ke lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mengenalpasti penyakit yang dialami.
Menurut Pensyarah Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, usaha ini sangat bertepatan dilakukan bagi memudahkan urusan petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap penerima vaksin.
“Saya mencadangkan penerima vaksin membawa plastik yang tercatat jenis ubat yang sedang mereka ambil, semasa berjumpa petugas kesihatan bagi menyenangkan urusan pemeriksaan. Cuma pengambilan vaksin Covid-19 ini tidak digalakkan kepada individu yang mempunyai masalah alahan, kanak-kanak, remaja, ibu mengandung dan individu yang memiliki gangguan imunisasi”, katanya menerusi program digital terbitan Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN).
Siaran secara langsung ULUM@UPKN yang ke udara di Facebook dan saluran You Tube rasmi UPKN pada 1 Jun lalu memaparkan tajuk, Vaksin: Apa kata pakar?