Home Berita PAS Kedah

Penduduk Tmn Desa Bidara dibawah PKPD Terima Sumbangan PAS Kedah

342
SHARE

Oleh ISMAIL HASHIM

KUALA KETIL, 8 Ogos 2021:
Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah melalui Khidmat Malaysia Cawangan Kedah hari ini turun meyantuni dan menyerahkan sumbangan bakul makanan dan beberapa keperluan lain di PKPD Taman Desa Bidara, Kuala Ketil.

Misi penyerahan bantuan sumbangan ini diketuai oleh Ust Musoddak Haji Ahmad selaku Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah. Rombongan disambut Yang Dipertua PAS Kawasan Baling Ust Hasan Saad serta beberapa AJK PAS Kawasan Baling yang lain.

Turut menyambut ADUN Kuala Ketil Mejar (B) Mansor bin Zakaria dan juga ADUN Bayu Cikgu Nasir Idris.

Antara barangan yang terdapat dalam bakul makanan tersebut adalah minyak masak, tepung gandum, gula, teh, sardin tin, susu pekat manis, bihun, biskut, bawang.

Serta barangan basah seperti sayur sayuran, ikan kering serta keperluan lain seperti lampin pakai buang bayi, susu bayi, tuala wanita dan lampin pakai buang bagi orang dewasa yang uzur turut diserahkan.

Sumbangan telah di serahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana PKPD Taman Desa Bidara Kuala Ketil untuk di agihkan kepada penduduk yang terjejas akibat PKPD.

Mejar (B) Mansor Zakaria selaku ADUN Kuala Ketil merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan daripada Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.