Home Berita PAS Kedah

Penduduk terharu terima sumbangan daripada YAB Menteri Besar

209
SHARE

SUNGAI PETANI, 26 Julai 2021 : Ustaz Mohd Robieawal Hj Hashim Imam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al Muhajirin Taman Bandar Baru Sungai Lalang Sungai Petani mewakili seluruh penduduk dalam qariah Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai yang dikenakan perintah kawalan pergerakkan daerah (PKPD) merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Kedah.

Sumbangan RM100 beserta  barang basah seperti ayam, sayur, telur dan beras drpd YAB MB, Haji Sanusi Md Nor di PKPD Tmn Bandar Baru Sg Lalang dan Tmn Lembah Permai diteruskan lagi dengan melibatkan  518 buah rumah Р79 rumah di Tmn Bandar Baru Sg Lalang dan 439 rumah di Tmn Lembah Permai.

Sebanyak 1037 pek ayam yang setiap satu pek mengandungi 2 ekor ayam telah selesai diagihkan di PKPD Taman Bandar Baru pada hari pertama. Pengagihan dilaksanakan oleh pihak Pegawai Daerah Kuala Muda, Hj Abdullah Hj Hashim yg diselia oleh Penghulu Mukim Sg Petani dgn kerjasama Majlis Perbandaran Sg Petani serta dibantu oleh Jawatankuasa Masjid Taman Bandar Baru.

Turut bersama – sama membantu ialah Ketua Lorong di taman berkenaan.”kita melantik seorang ketua bagi setiap lorong bagi memastikan tidak ada yang tercicir atas terlepas daripada menerima bantuan ini ” kata Ustaz Mohd Robieawal.