Home Rencana PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Pilihan Raya Persekutuan yang pertama

325
SHARE

27 Julai 1955 (RABU)

PADA hari ini dalam tahun 1955, Pilihan Raya Persekutuan yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan.

Parti-parti yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC.

Parti Perikatan mempertaruhkan 52 orang calon. Manakala Parti Negara di bawah pimpinan Datuk Onn pula telah mengemukakan 33 orang calon diikuti dengan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dengan 11 orang calon.

Kredit foto : Google

Antara parti-parti lain yang turut serta dalam pilihan raya ini ialah Parti Buruh, Parti Kemajuan Perak, Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu.

Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Melalui kemenangan tersebut, Parti Perikatan telah berjaya membentuk sebuah kerajaan dan YTM Tunku Abdul Rahman Putra, telah dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia