Home Berita PAS Kedah

Penduduk tarik nafas lega, rumah pam dapat atasi masalah air

426
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

JERAI, 20 Okt – Penduduk di Kampung KM34, Sungai Genuak dan Sungai Perahu menarik nafas lega dengan terbinanya tiga rumah pam setelah sekian lama menghadapi masalah tekanan air rendah, dekat sini.

Ahli Parlimen Jerai, YB Sabri Azit sejak awal tahun lagi mengusahakan permohonan pembinaan rumah pam ini sehingga ke peringkat parlimen.


Beliau melalui kenyataan di laman facebooknya, menarik nafas syukur perjuangan mendapatkan rumah pam untuk penduduk akhirnya terlaksana.

Menurut beliau, kos pembinaan tiga rumah pam berkenaan bernilai RM250ribu.

“Ia bertindak sebagai booster menguatkan tekanan air kepada penduduk kampong”, katanya.

Terdapat dua lagi rumah pam dibina di Kampung Sungai Badak dan Padang Lembu.