Oleh ANA NAJWA
KOTA KUALA MUDA – “16 tahun lebih dah masalah ini, ustaz. Alhamdulillah ustaz dapat selesaikan”
Penduduk Kampung Sungai Emas, Encik Sabri meluahkan rasa syukur selepas isu banjir kilat yang melanda kawasan itu sejak 16 tahun lalu, akhirnya dapat diselesaikan.
Kerja menaik taraf sistem perparitan dilakukan dengan pemasangan parit jenis Pre Cast V Drain berjalan selama dua hari sahaja.
Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim bersama Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pantai Merdeka turun meninjau tapak pembinaan dan penyelenggaraan pada hari tersebut.
Pembinaan parit kok U sepanjang 280 kaki ini sekaligus telah menyelesaikan masalah banjir kilat di kampung tersebut sejak sekian lama iaitu semenjak lebih 16 tahun yang lalu.
Melalui peruntukan ini, pihak pusat khidmat wakil rakyat berharap ketika hujan berlaku, air dapat mengalir dengan baik seterusnya mampu mengelak daripada berlakunya banjir kilat.