Home Berita PAS Perlis

Remaja bersyukur terima bantuan

88
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 29 Nov: Seorang remaja di sini melahirkan rasa syukur setelah menerima bantuan daripada Pemuda PAS DUN Sena semalam.

Adam Amir, 17 tahun yang tinggal di Kampung Sena, telah menerima bantuan berupa barangan keperluan harian yang diserahkan oleh Ketua Pemuda DUN Sena, Abu Huzaifah Azman.

Beliau yang tinggal bersama ibunya yang berstatus ibu tunggal tidak menyangka bahawa kesempitan hidup mereka mendapat perhatian PAS.

“Ibu saya berstatus ibu tunggal dan tidak mempunyai pendapatan tetap hanya mampu menyara hidup kami dengan hasil jualan barang-barang kitar semula.

“Namun, keadaan tersebut tidak pernah mematahkan semangatnya untuk memastikan saya dapat bersekolah seperti murid-murid yang lain,” katanya.

Sementara itu, Abu Huzaifah yang ditemui berkata, bantuan yang diberikan adalah bagi membantu memberikan semangat buat mereka meneruskan kehidupan harian yang penuh mencabar.

“Insya Allah, program Ziarah Kebajikan Anak Muda ini akan diteruskan dan kami mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi membantu menjayakannya.

“Mana-mana pihak yang ingin turut menyumbang bolehlah berhubung dengan saya di talian 013 4346263,” katanya.