Home Berita PAS Kedah

Pendapatan harian merosot, perkhidmatan teksi terancam

30
SHARE

ALOR SETAR – Akibat kekurangan penumpang, perkhidmatan teksi sewa berkemungkinan akan ditamatkan di bandaraya ini kerana pemandu kereta sewa perlu menanggung pelbagai kos disamping perbelanjaan harian keluarga sedangkan pendapatan yang diperolehi berkurangan secara drastik sejak penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih setahun yang lalu.

Mohd Radzi Baharom, Pengerusi Persatuan Pemilik-pemilik Kereta Sewa Shahab Perdana (Perdana) menyatakan demikian ketika ditemui di stesyen kereta sewa, terminal bas Shahab Perdana disini, hari ini.

“Sebelum bermulanya PKP yang pertama,  persatuan ini mempunyai ramai ahlinya namun kini hanya sekitar 79 orang sahaja yang tinggal, “ katanya.

Keluhnya, “ ramai yang sudah tidak mampu bertahan dengan keadaan ini sehingga terpaksa menjual teksi sewa dan menyerahkan kembali permit serta beralih ke bidang ekonomi lain.”

Jelasnya, sebelum arahan PKP dilaksanakan, pemandu teksi sewa yang datangnya dari berbagai daerah seluruh negeri Kedah mampu meraih pendapatan antara RM200 ke RM300 sehari bergantung kepada jarak namun kini segalanya sudah tidak berlaku.

“Harapan kami kepada pihak Kerajaan agar dibenarkan teksi untuk bergerak bebas merentas daerah dan negeri demi mendapatkan pelanggan serta meraih pendapatan.”

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu & Empunya Kereta Sewa Alor Setar (PERKASA), Rosli Daud menyatakan selain arahan PKP yang dilaksanakan Kerajaan, kewujudan saingan dari kereta sewa luar seperti Grab, E-Hailing dan teksi sapu antara faktor utama kurangnya pendapatan pemandu teksi di bawah persatuannya.

“ Lani nak dapat RM10 pon susah. Kadang-kadang kami mai saja ja sebab nak jaga stesyen, pendapatan memang tak dak,” katanya.

” Ada pemandu yang tak mai terus ke stesyen sebab kalau mai nak kena bayaq fi stesyen sedangkan pendapatan belum tentu.”

Tambahnya, “ Kerajaan mesti tegas untuk menguatkuasakan undang-undang teksi sapu haram dan kalau boleh mansuhkan terus Grab dan E-Hailing ni jika serius nak bantu tingkatan kembali pendapatan pemandi teksi.”

Keluhan para pemandu teksi mendapat perhatian Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ustaz Ahmad Yahaya dan Khidmat Malaysia Cawangan Kedah.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Alor Setar hadir menyampaikan kotak makanan berupa keperluan asas kepada pemandu teksi yang terkesan sebagai tanda ingatan serta meringankan sedikit bebanan yang ditanggung mereka.

Sebanyak 70 set kotak makanan tersebut diserahkan kepada wakil kedua-dua persatuan terbabit untuk diagihkan kepada ahli-ahlinya.

Turut hadir Ustaz Musoddak Ahmad, Setiausaha Perhubungan PAS kedah merangkap Penyelaras Bantuan Kecemasana Khidmat Malaysia Negeri Kedah,  Haji Zulkifli Che Haron, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Alor Setar serta ahli jawatankuasa PAS kawasan.