Home Berita PAS Perlis

Dua guru PASTI Perlis terima anugerah

92
SHARE

Oleh NUR ‘IFFAH

ARAU, 26 Jun: Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2021 telah berlangsung dengan meriah meskipun diadakan secara dalam talian hari ini.

Bertemakan “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”, acara anjuran Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia ini dibuat secara langsung menerusi laman Facebook PASTI Malaysia.

Sambutan kali ini dihadiri Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin dan Ketua Sektor Pendidikan DPPM, Mukhtar Suhaili.

Sebanyak lima anugerah disediakan iaitu Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat, Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri, Anugerah Tokoh Siti Khadijah, Anugerah Guru Cemerlang PASTI Malaysia dan Anugerah Tokoh Guru PASTI Kebangsaan
sebagai menghargai sumbangan para guru PASTI.

Dua orang guru dari negeri Perlis terpilih menerima anugerah iaitu Noor Baizura Ahmad yang menerima Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Perlis 2021 dan Adilah Abdullah yang menerima Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat Negeri Perlis 2021.