Home Berita PAS Kelantan

Pendaftaran Suri Cakna 2021, Urus setia Kebajikan, Keluarga dan Wanita

365
SHARE
KOTA BHARU, 4 Jul: Pendaftaran Suri Cakna 2021 merupakan kesinambungan daripada Skim Cakna Suri yang diwujudkan bermula pada tahun 2020. Skim ini diwujudkan untuk memberi sumbangan kepada suri rumah (bantuan one-off RM100) bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2021 yang akan disambut pada hari Sabtu terakhir bulan Ogos. Sumbangan ini adalah terhad untuk 100 orang suri rumah di setiap DUN.
Antara syarat kelayakan menerima Skim Cakna Suri adalah :
1. Suri rumah sepenuh masa
2. Berumur 54 tahun dan ke bawah
3. Mempunyai 3 orang anak atau lebih di bawah tanggungan
4. Menetap di negeri Kelantan
5. Pendapatan Isi Rumah sebanyak RM1500 dan ke bawah
6. Tidak mendapat bantuan one off Skim Cakna Suri 2020
Borang Suri Cakna 2021 boleh diisi di pautan berikut :
Tarikh untuk isi borang Skim Cakna Suri 2021 bermula 4 Julai 2021 (Ahad) dan tamat pada 10 Julai (Sabtu).
Maklumat lanjut, hubungi Unit Pembangunan Keluarga 013-983 6915 dan Unit Kaunseling 013-983 5912.