Home Berita PAS Kedah

Penantian hampir 15 tahun berakhir

191
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM – Penantian penduduk selama hampir 15 tahun untuk memiliki jalan berturap di Kampung Pida 5 berakhir selepas kerja menaik taraf jalan disini, siap sepenuhnya semalam.

ADUN Ayer Hitam, YB Hj Azhar Ibrahim berkata kerja menaik taraf jalan disekitar Ayer Hitam akan dijalankan secara berperingkat.

“Saya menyedari banyak jalan, khususnya jalan ladang (jalan pida) dalam DUN Ayer Hitam yang perlu diturap semula.

“Pihak saya telah mengemukakan permohonan kepada pihak yang berkenaan untuk menurap semula jalan-jalan yang rosak itu dari semasa ke semasa,” katanya.

Seorang penduduk menzahirkan rasa syukur dengan keprihatinan ADUN bagi menangani isu ini.

“Hampir 15 tahun kami dok tunggu jalan tar, hari ni baru jadi kenyataan, kredit buat YB kita,” kata salah seorang penduduk disitu.

Turut hadir Timbalan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam, Abd Hadi Omar.