Home Berita PAS Melaka

Pena Editor Melaka : PH Terjun Dengan Labu-labunya – Biarkan! Biarkan!

1086
SHARE

SEMAKIN kuat perang psikologi Anwar, Tun Dr Mahathir (Tun M) dan Pakatan Harapan (PH) bahawa mereka ada nombor, semakin ramai pula wakil rakyat PH yang menyeberang ke Perikatan Nasional (PN). Yang terbaru Timbalan Ketua Wanita PKR, Dr Daroyah Alwi mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta-merta. Daroyah juga adalah Adun Sementa dan Timbalan Speaker DUN Selangor.

Namun hakikat bahawa Anwar dan Tun M masih belum dapat lagi menemui jalan perdamaian semenjak Tun M menjatuhkan sendiri kerajaan PH pada awal tahun ini membuntukan usaha PH untuk merampas semula kerajaan dari PN.

Hantaran facebook Dr Mazlee Malik baru-baru ini bertajuk ‘Galah Sejengkal Tun Dr Mahathir’ yang menyatakan bahawa jawatan Perdana Menteri (PM) tidak seharusnya dilihat sebagai hak mutlak Anwar telah menimbulkan polemik antara penyokong kuat Tun M dan penyokong kuat Anwar.

Ini telah menyebabkan kedua-dua pihak ini berbalas-balas kenyataan di media sosial. Antaranya kenyataan balas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengatakan bahawa jawatan PM juga bukan hak mutlak Tun M.

Sebenarnya, walau pun Anwar katanya ada ‘solid‘ sokongan sebanyak 92 kerusi mengikut anggaran Dr Mazlee, namun itu belum mengambilkira sekiranya ahli-ahli parlimen PH ini perlu memilih hanya satu di antara Anwar atau Tun M.

Nampaknya sekarang ini hanya PKR sahaja yang benar-benar solid untuk Anwar sebagai PM. Sokongan MP PAN dan DAP pada Anwar pula hanya sekiranya Anwar seorang sahaja dicalonkan sebagai PM. Jika DAP dan PAN terpaksa memilih antara Anwar atau Tun M, penulis pasti Ahli-ahli Parlimen PAN dan DAP akan terbelah dua juga. Jika itu situasinya mungkin daripada 92 kerusi solid itu pun boleh tinggal 50 kerusi sahaja yang benar-benar menyokong Anwar.

Anwar dan Tun M tahu jika mereka tidak bergabung, impian mereka untuk merampas semula kerajaan persekutuan dari PN hanya akan jadi mimpi di waktu maghrib.

Kartun | kredit sumber : FB

Tapi Anwar nampaknya sudah makin tersedar bahawa selama ini dia memang diperbodoh-bodohkan oleh Tun M. Sepatutnya dari dahulu lagi Anwar sudah jadi TPM, tapi khabarnya Tun M sendiri tidak mahu ia jadi begitu dengan pelbagai alasan.

Dan selepas jatuhnya kerajaan PH mereka berdua dilihat sering berbalas-balas kenyataan bermula dengan satu rakaman video pertemuan Tun M dengan pimpinan Bersatu bila Tun M ada mengeluarkan kata-kata “Anwar gila-gila hendak jadi PM”.

Selain itu beberapa audio yang tersebar dipercayai suara Tun M yang mengatakan bahawa beliau memang tidak mahu Anwar jadi PM.

Anwar juga tidak turut serta dalam satu sidang media Tun M selepas sidang parlimen pada 18 Mei lepas. Tiada seorang pun wakil PKR hadir, namun ia tetap dihadiri pimpinan tertinggi PAN dan DAP.

Sementara pada 9 Jun lepas pula Anwar telah memanggil satu mesyuarat PH di ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya Selangor. Turut hadir ialah Tun M dan pimpinan parti Warisan. Ia juga dilihat sebagai satu strategi Anwar supaya dia dilihat sebagai ‘ketua’ kepada PH sekarang dan bukannya Tun M. Dengan dirinya sebagai ‘host‘ Anwar dapat duduk di kerusi tengah dalam sidang media dan Tun M kini duduk di tepi beliau sebagai simbolik bahawa Tun M bukan lagi ‘ketua’ kepada PH.

Ada sumber mengatakan bahawa Tun M menawarkan Anwar untuk menjadi TPM dan Tun M sendiri menjadi PM jika PH berkuasa semula tapi itu pun Anwar tidak mahu. Desas-desus juga mengatakan bahawa PAN, DAP dan Warisan bersetuju agar Tun M diangkat sebagai PM ke-9 dan Anwar sebagai TPM jika PH Plus kembali berkuasa.

Tapi Anwar nampaknya sudah serik dipermainkan Tun M. Sekarang Anwar nampaknya sudah cerdik. Anwar cuba berkeras bahawa dialah yang akan jadi PM ke-9. Tak ada ‘hanky-panky‘ lagi.

Tun M pula tidak menunjukkan yang dia akan memberi laluan kepada Anwar. Ada sumber mengatakan bahawa proses pujuk-memujuk masih berlaku dengan Tun M katanya meminta hanya enam bulan untuk menjadi PM. Anwar katanya tetap tidak mahu.

Mungkin sekarang ungkapan keramat “Yang penting kita nak jatuhkan PN” sudah tidak laku lagi pada Anwar seperti motto PH semasa hendak menjatuhkan BN semasa PRU14 dulu. Anwar pun tahu jika Tun M berjaya menjadi PM ke-9 dia akan menghadapi kesukaran yang sama untuk menuntut ‘haknya’ itu seperti yang berlaku sebelum ini.

Muhyidin pun rasanya tidak perlu risau untuk buat PRU15 mengejut. Penulis percaya perbincangan di dalam PH untuk menentukan siapa akan menjadi PM samada Tun M atau Anwar akan berlanjutan hingga sampai tamat tempoh Parlimen-14 ini. Mungkin juga sehingga bubar parlimen pun mereka belum dapat keputusan siapa yang akan jadi PM untuk PH samada Tun M atau Anwar. Biarkan Tun M, Anwar dan PH terjun dengan labu-labu mereka. Biarkan! Biarkan! Mereput je lah!

IBNU JANIE
Editor Berita PAS Melaka
• Ketua Unit Berita Dan WARM Lajnah Penerangan PAS Melaka
• Ketua Penerangan PAS Kawasan Masjid Tanah


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)