Home Berita PAS Wilayah

Perjuangan Mengisi Kemenangan Hakiki

1127
SHARE

Lembah Pantai, 13 Jun 2020 – PAS Kawasan Lembah Pantai meneruskan agenda Tarbiyah melalui USRAH ONLINE di alam maya sebagai alternatif menyuntik taujihad kepada ahli sempena mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) melalui program yang dianjurkan oleh Urusan Ulama PAS Kawasan Lembah Pantai dengan mendengar ucapan dari pimpinan tertinggi PAS melalui platform Google Meets.

Memenuhi jemputan di alam maya, Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad telah menyampaikan beberapa perkara yang boleh dijadikan pedoman kepada semua. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa Parti Islam Semalaysia (PAS) adalah sebuah gerakan Islam, PAS bergerak melalui tiga tunjang utama iaitu Dakwah, Tarbiyah, Siyasah. hasil tarbiyah inilah yang membina kekuatan yang menunjangi perjuangan PAS, dalam mempertahankan dasar, tujuan dan hala tuju perjuangan ini.

Mengimbas kembali sejarah penubuhan PAS dan kemenangan yang pernah dicapai oleh PAS dahulu dan kini dalam Pilihan Raya Umum di tiga (3) buah Negeri Terengganu, Kedah dan Kelantan. Justeru berdasarkan pengalaman ini beliau meminta kepada semua ahli yang telah menerima tarbiyah untuk bersama-sama mempertahan dan mengekalkan kemenangan Kerajaan Perikatan Nasional ini. Seterusnya beliau memetik kata imam Al-Ghazali : “Agama itu asas, pemerintah adalah pengawal, maka sesuatu yang tiada asas akan runtuh, dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang”.

Para hadirin tidak melepaskan peluang mengajukan persoalan mengenai perkembangan PAS serta isu-isu semasa yang berkaitan.

Terdahulu, Ustaz Hasbullah Bin Kamal selaku Moderator mempersilakan Dr. Azahar Yaakub Yang Dipertua PAS Kawasan Lembah Pantai menyampaikan ucapan aluan dengan mengalu-alukan kehadiran semua ahli dan pimpinan PAS Kawasan Lembah Pantai di alam maya bagi sama-sama mendapatkan manfaat daripada media sosial ke arah menyuburkan lagi nikmat perjuangan Islam dengan mengikuti Taujihat Naib Presiden PAS.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Mohd Zaini Bin Abdul Aziz
Ketua Urusan Ulama
PAS KAwasan Lembah Pantai