Home Artikel PAS Melaka

Pena Editor Melaka : Muhyidin nafi bakal iktiraf UEC – Penyokong PH kecewa lagi!

530
SHARE

PERDANA Menteri Malaysia yang kita sanjungi Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah membuat kenyataan media rasmi dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau berhubung khabar yang mengatakan beliau bersetuju untuk mengiktiraf sijil UEC ketika pertemuan beliau dengan pemimpin Hua Zhong pada 16 Julai lepas.

Beliau dengan jelas menafikan perkara itu sebaliknya beliau menegaskan UEC perlu mengikuti Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mereka mahu dipertimbangkan penyelesaiannya pada masa akan datang.

Nampaknya kecewa lagi pemimpin dan penyokong PH yang sedang berusaha keras untuk meyakinkan rakyat bahawa PH dan PN sama sahaja dalam menyokong UEC.

Mereka cuba untuk memposisikan bahawa yang dikatakan Kerajaan Dominasi Melayu Muslim yang diwar-warkan PN sama sahaja dengan PH dan sama-sama tunduk dengan Hua Zhong dan sekutu-sekutu mereka.

Maaf… Banyak-banyak maaf… Kita tidak pernah sama. Kita tidak tunduk dengan ekstrimis bongkak yang tidak mahu akur kepada sistem yang telah dibuat negara.

Maaf… PAS juga tidak sama dengan PAN. Mohon kecewa wahai semua penyokong PH!

IBNU JANIE
Editor Berita PAS
MELAKA


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)