Home Berita PAS Terengganu

Anak Terengganu di perantauan pulang sokong PAS

28
SHARE

KUALA TERENGGANU – Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab yakin, anak Terengganu di Johor yakin akan pulang untuk mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Semoga Allah menjaga pemerintahan ini dan berharap perantau sentiasa memberi dokongan padu di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas program jamuan sempena Aidil Fitri yang diadakan di Johor Bahru minggu lalu.

Haji Fadhil turut berterima kasih kepada anak Seberang Takir yang hadir pada program tersebut, bersekali dengan agihan i-Fitri untuk Perantau.

Ahli Jawatankuasa Perantau, Hanafi Alias, 39, menzahirkan penghargaan buat kerajaan negeri Terengganu sudi hadir ke majlis ini dan mewujudkan bantuan I-Fitri sebelum Aidilfitri lalu.

“Mengikut data, seramai lapan orang anak Seberang Takir di Johor dan dimaklumkan juga ada yang tidak dapat hadir kerana komitmen kerja dan saya akan membuat susulan selepas ini, Insya-Allah.

“PRU lepas perantau Johor menyediakan dua buah bas untuk mereka pulang melaksanakan tanggungjawab. Ujarnya

Seorang lagi perantau, Ruzawawi Hamid,32, kehadiran anggota kerajaan ke Johor bukti kecaknaan ditambah pula mengadakan bantuan I-Perantau.

“Walaupun saya sendiri tidak memohon I-Perantau tetapi saya tetap menyokong Pas atas dasar Islam yang dibawa bukan bantuan semata-mata.” jelasnya

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Dato’ Haji Hussain Awang, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT), Wan Sukairi Wan Abdullah serta pimpinan negeri.