Home Berita PAS Melaka

Pena editor Melaka | 9 Mei dan seribu satu pengajaran

144
SHARE

DI MEDIA-MEDIA sosial hari ini saya lihat ramai yang memuatnaik hantaran-hantaran mengandungi kata-kata sindiran terhadap tarikh ini yang pada tahun 2018 telah berlakunya PRU14 yang menyebabkan jatuhnya kerajaan BN yang memerintah semenjak sebelum merdeka.

Berbagai-bagai poster sindiran terhadap Pakatan Harapan (PH) dimuatnaik. Yang paling popular ungkapan ‘Hari Satu Malaysia Kena Kencing’. Memang itulah trademark terkenal mantan Kerajaan PH. Banyak janji-janji mereka tidak tertunai semasa mereka jadi kerajaan.

Kredit foto : Facebook

Sudahlah mereka gagal menunaikan janji mereka, malah mereka dengan bangganya menyatakan bahawa manifesto bukan kitab suci. Malah mantan Perdana Menteri mereka sendiri berkata bahawa manifesto yang mereka buat itu dirangka dalam keadaan mereka tidak yakin mereka akan menang dan menjadi kerajaan.

Ini bermakna, mereka sendiri tahu bahawa manifesto itu tidak boleh dilaksanakan semenjak mula ia dirangka. Mereka sebenarnya berfikir dengan janji-janji bohong itu mereka berjaya mendapat ramai wakil rakyat tetapi tidak menjadi kerajaan. Jadi mereka tidak perlu menunaikan janji-janji yang sebenarnya tidak praktikal itu. Yang penting dapat lebih banyak kerusi. Begitu penipunya PH!

Yang paling lucu ialah sekarang ini mereka dan sekutu-sekutu mereka sedang mempromosikan tanda pagar (hashtag) #kerajaangagal untuk menyindir kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang ini. Sungguh tidak tahu malu!

Namun begitu ada banyak lagi pengajaran yang perlu diambil iktibar, ibrah dan keinsafan terhadap peristiwa ini, tidak sekadar mentertawakan kebodohan mereka yang mengundi PH semata-mata.

Tiga pengajaran penting

Yang pertama kita perlu menginsafi bahawa rakyat boleh menjatuhkan sesuatu kerajaan dengan tangan mereka sendiri jika mereka marah. Walaupun prinsip ini ada dalam demokrasi sejak dahulu lagi, namun sebelum PRU14 ia dilihat seolah-olah mustahil.

Kredit foto : Facebook

Jadi ini sebagai amaran kepada mana-mana parti yang memerintah agar sentiasa berhati-hati. Jauhkan daripada rasuah dan penyelewengan yang dibenci oleh rakyat. Walau macam mana banyak sekali pun sesebuah kerajaan itu memberi sesuatu dan berbudi kepada rakyat namun rakyat tetap mengutamakan soal INTEGRITI.

Yang kedua tidak ada parti yang kebal daripada dijatuhkan. Tidak ada parti yang boleh mendabik dada bahawa mereka sentiasa mendapat sokongan dan disayangi rakyat. Rakyat ada benchmark atau pra-syarat yang mereka tetapkan untuk mendapatkan sokongan mereka. INTEGRITI adalah keutamaan rakyat.

Yang ketiga dan paling penting ialah DAP DAN PH AKAN BERKUASA APABILA PARTI-PARTI MELAYU BERPECAH. Ini pengajaran yang paling penting untuk kita. Kita kalah pada PRU14 bukan kerana PH kuat tetapi kerana parti-parti Melayu tidak bersatu.

Kerana itu amat penting bagi PAS, Umno dan Bersatu untuk membentuk satu kesatuan yang jitu bagi menentang PH dalam PRU15 yang akan datang. Pertembungan sesama kita pada PRU15 hanya akan memberi nyawa semula kepada DAP-PH.

Marilah kita lupakan segala persengketaan dahulu, lupakan nostalgia lama, buangkan ego kita jauh-jauh, buangkan segala sangka buruk kita untuk memastikan semua parti-parti Melayu ini bersatu. Agar usaha PH untuk berkuasa semula dapat digagalkan. Itu pun jika kita benar-benar ikhlas mahu membela nasib orang Melayu daripada ditindas oleh bangsa DAP.

Masa sudah tidak banyak lagi. Jangan kerana kegoaan kita dan hanya menjaga kepentingan parti kita semata-mata lalu kita perjudikan masa depan bangsa. Jadikanlah pengalaman 22 bulan sebagai pembangkang untuk menginsafkan kita tentang peritnya menjadi pembangkang dan bertuankan DAP.

AYUH! BERSATULAH MELAYU-ISLAM!

Jangan lupa doakan saudara-saudara kita yang dalam kesusahan di Palestin

Selamat Hari Raya… Maaf Zahir Batin

IBNU JANIE
Editor CPP Berita PAS Melaka
• Ketua Unit Berita dan WARM Jabatan Penerangan PAS Melaka.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .