Home Berita PAS Melaka

Pemuda Teras Perpaduan tema Muktamar DPPNM ke-45

628
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

HANG TUAH JAYA, 17 Ogos : ‘Pemuda Teras Perpaduan’ telah dipilih sebagai tema Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka Kali Ke-45 yang berlangsung di Dewan Bendahara Hotel Bayou Lagoon Melaka, di sini semalam.

Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka Ustaz Ahmad Bilal Rahudin dalam ucapan penutup beliau mengharapkan tema ini benar-benar dihayati oleh semua pihak untuk menjadi titik penyatuan sebenar penuh dengan keikhlasan dan keinsafan.

“Adalah menjadi cita-cita DPPNM agar kesatuan kita di dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional ini terus berkekalan dengan keberkatan dan diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk terus memimpin negara ini.” ujar beliau.

Beliau juga turut menyentuh tentang persiapan DPPNM dalam menghadapi PRU15 dengan menggesa agar pemuda memperkemaskan jentera di setiap peringkat demi menghadapi pilihanraya yang mungkin berlaku dalam masa terdekat.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)