Home Berita PAS Johor

Pemuda Sri Gading sumbang duit raya

106
SHARE

Oleh Hamizi Masduki

Sri Gading, 6 Mei : Bersempena Aidil Fitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading dengan kerjasama AJK PASTI dan SRITI Sri Gading telah mengadakan Program Sumbangan Duit Raya kepada para pelajar rangkaian PASTI dan SRITI Sri Gading disini semalam.

Dalam program tersebut, Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading telah menyediakan peruntukan kepada seramai 500 pelajar PASTI dan 111 pelajar SRITI yang dihadiahkan sumbangan berupa duit raya.

Program tahunan ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan memberikan sedikit saguhati kepada para anak-anak pelajar sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan menjelang Hari Raya yang bakal diraikan beberapa hari lagi. Selain itu ianya dapat menjadi sumber motivasi dan galakan agar para pelajar dapat mengamalkan aktiviti utama di bulan Ramadhan iaitu berpuasa.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading mengucapkan terima kasih diucapkan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz merangkap Penasihat Sri Gading Sejahtera di atas kelapangan masa dan kesudian untuk mengetuai aktiviti pemberian sumbangan.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sukarelawan PASTI dan SRITI kesudian Sri Gading di atas menerima kunjungan ziarah dan sumbangan daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan ini, saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para penginfak dan penyumbang dermawan. Tanpa mereka program hari ini tidak mungkin akan direalisasikan” kata Ustaz Nawfal di dalam ucapannya.

Aktiviti yang memakan masa hampir sehari itu turut disertai oleh Pengarah PASTI Negeri Johor merangkap Pengerusi PASTI Kawasan Sri Gading Mohd Fairuz Alias, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading Azrin Subari, AJK PASTI dan AJK SRITI Kawasan.