Home Berita PAS Kedah

Pemuda sik mengutuk regim israel

305
SHARE

SIK, 19 Mei : Ketika seluruh umat Islam menyambut syawal, rejim Israel terus mengganas melancarkan serangan terhadap penduduk palestine, Di kala rakyat palestine bertarung memerangi wabak covid 19 dalam serba kekurangan, rejim Israel terus membedil rakyat palestine melalui udara dan darat tanpa ada perasaan kemanusiaan.

Perbuatan kejam tak berperikemanusiaan rejim Israel menimbul kemarahan seluruh umat Islam diseluruh dunia. Sikap rejim Israel ini jelas membelakangi undang-undang antarabangsa dunia Islam perlu bertindak dan menghukum regim Israel.

“Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik MENGECAM sekeras-kerasnya serangan biadap rejim Zionis IsraHell ke atas umat Islam di Palestin.

Saya menyeru kepada seluruh umat Islam BERDOA kepada Allah agar dihancurkan Zionis IsraHell dan bala tenteranya.”

Kanak-kanak di Gaza sedang menangis, ramai yang syahid diserang tentera zionis laknatullah. Kanak-kanak kecil yang tidak berdosa, yang tidak mengenal erti peperangan menjadi mangsa.Mereka dijadikan sasaran mudah oleh rejim pengganas dunia yang berselindung di sebalik topeng.

Atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam, kami di Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik telah mengutip sumbangan untuk disalurkan ke Tabung #Aid4Palestine yang akan disumbangkan terus ke Gaza.

Alhamdulillah, untuk fasa pertama, Tabung yang dilancarkan oleh Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini, telah kami kumpul sebanyak RM4,800.00.

Penyerahan telah disampaikan kepada seketariat #Aid4Palestine Negeri Kedah dalam satu majlis yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, semalam.

Kini kutipan untuk fasa kedua pula sedang berjalan.Tarikh tutup untuk fasa kedua ini pada 31 Mei 2021.

Jom menyumbang!!

#Aid4Palestine

Ustaz Mohd Shahiful Mhd Nasir
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik