Home Berita PAS Pusat

Semarakkan kempen ‘self-lockdown di seluruh negara

101
SHARE

SEMARAKKAN KEMPEN SELF-LOCKDOWN DI SELURUH NEGARA

1. Pandemik Covid-19 memang banyak menguji kesabaran pemimpin, rakyat dan negara keseluruhannya. Jumlah pesakit yg semakin meningkat sehingga mencecah pesakit harian seramai lima ribu orang itu menggambarkan keseriusan pandemik ini.

2. Sekiranya tidak dibendung, perkhidmatan kesihatan yang sememangnya kritikal akan tepu dan tidak dapat menampung jumlah pesakit yang semakin ramai terutama di unit rawatan rapi.

3. Kerajaan telah berusaha untuk mengatasi perebakan Covid-19 di samping mengimbangi kesan pengucupan ekonomi dengan melaksanakan pelbagai bentuk perintah kawalan. Usaha kerajaan ini adalah sama dan bersesuaian dengan amalan negara-negara lain di seluruh dunia. Ada yang berjaya dan ada yang tidak.

4. Negara yang berjaya mengatasi Covid-19 mempunyai sikap rakyat yang sama iaitu kesungguhan dan disiplin. Sekiranya sikap yang betul dan disiplin yang kental, Insyallah kita akan berjaya mengekang perebakan Covid-19.

5. Justeru, Lajnah Kesihatan PAS Pusat menyeru setiap lapisan masyarakat menyahut kempen “Self-lockdown” (Kawalan Pergerakan Kendiri) yang dianjurkan oleh NGO PAPISMA ( Persatuan Amal Perubatan Ibnusina) bagi bersama-sama membantu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam mengekang perebakan Covid-19 dapat dikawal.

6. Beberapa perkara yg disarankan untuk dilakukan sepanjang kempen termasuk :

Membeli barang keperluan hanya seminggu sekali.
Mengisi minyak kenderaan dengan tangki penuh.
Solat berjemaah 5 waktu bersama keluarga di rumah.
Optimakan pembelian secara dalam talian.
Polisi zero tetamu
Cari keperluan di kedai paling hampir dengan kediaman
Tidak keluar rumah dari jam 8 malam hingga 5 pagi

7. Disamping itu segala SOP yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dipatuhi dengan penuh disiplin.

8. Sekiranya kita dapat melaksanakan semua ini secara sukarela dan menggalakkan kenalan sanak saudara dan sahabat handai untuk turut serta, kami percaya kita akan berjaya di dalam peperangan melawan Covid-19 ini.

#selflockdown

Dr. Mohd Mazri Yahya
Pengerusi
Lajnah Kesihatan PAS Pusat
18hb Mei 2021