Home Berita PAS Johor

Pemuda Segamat Menyantuni Mangsa Kebakaran

818
SHARE

Pemuda Segamat Menyantuni Mangsa Kebakaran

SEGAMAT, 04/08/2019: Sayu. Pilu. Begitulah perasaan mangsa kebakaran, Pn. Sabariah binti Samsudin dan keluarga.

Anakanda mangsa, Adam Rayyan bin Sahril (6 Tahun) merupakan Pelajar PASTI Al-Firdaus Taman Kemawan, Kg. Jawa, Segamat.

Rumah dan kenderaan mereka di Batu 2, Jalan Buloh Kasap hangus dijilat api pada 03/08/2019 sekitar Jam 3.00 Petang. Tiada sesiapa di rumah sewaktu kebakaran berlaku. Punca kebakaran masih belum dikenalpasti.

Justeru, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat, Hj. Mohd Khairi bin Maslehan diiringi Timbalan Pengarah 4, Jabatan AMAL Malaysia Negeri Johor, En. Mohamad Ghazali bin Hj. Ismail serta Ahli Jawantankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan turun padang untuk menziarahi mangsa dan keluarga pada hari ini.

Ruang dan peluang yang ada dimanfaatkan untuk Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat mendekati mangsa seterusnya menyelami apa yang tersimpan di lubuk hati mereka berikutan kebakaran tersebut.

Sumbangan berbentuk kewangan diserahkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat kepada mangsa sewaktu sesi tersebut sebagai ikhtiar meringankan beban.

Laporan telah dikemukakan oleh mangsa kepada pihak PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kami daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat merakamkan ucapan takziah kepada Pn. Sabariah binti Samsudin dan keluarga. Semoga Allah mempermudah segala urusan dan Allah gantikan segala kehilangan mangsa serta keluarga dengan sesuatu yang lebih baik.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SEGAMAT

04/08/2019

#IslamMemimpinPerpaduan

#DemiIslam