Home Berita PAS Kedah

Pemuda PN Kedah anjur program Singgah Sahur

73
SHARE

Oleh : NUR ARIESYA

PADANG TERAP, 25 April – Pemuda Perikatan Nasional Negeri Kedah telah menganjurkan Program Singgah Sahur di sekitar Parlimen Padang Terap, Kedah.

Program yang julung kali diadakan ini bertujuan merapatkan hubungan antara Pemuda Perikatan Nasional dengan agensi yang dilawatinya. Antaranya ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis, Angkatan Pertahanan Awam (JPAM), Klinik Kesihatan dan pengawal keselamatan.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional(PN) Negeri Kedah,  Ustaz Nurul Amin Hamid yang mengetuai lawatan ini berkata, “ Ini adalah inisiatif kami untuk mendekatkan Pemuda Perikatan Nasional dengan masyarakat disamping mengeratkan kerjasama sesama parti komponen PN.”

Tuut hadir Timbalan Ketua Pemuda 1 PN, Mohd Saffuan bin Sabari dari parti PPBM dan Naib Ketua Pemuda GERAKAN Negeri Kedah, Chew Peng Sung serta seluruh ahli jawatankuasa Pemuda PN Negeri  Kedah.

Progran yang bermula pada jam 11.30 malam ini berakhir pada jam 2.30 pagi.