Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Rentap menyerang kubu Nanga Skrang, Sarawak

1819
SHARE

26 APRIL 1853 (SELASA)

PADA hari ini dalam tahun 1853, Rentap, Ketua Suku Dayak Laut yang terkenal, telah menyerang sebuah kubu Kerajaan James Brooke di Nanga Skrang, Sarawak.

Dalam serangan ini Rentap dan pengikut-pengikutnya telah berjaya membunuh Alan Lee, seorang pegawai kulit putih.

Nama sebenar Rentap adalah Libau dan telah bertukar kepada Rentap yang bermaksud ‘penggoncang dunia’. Sejak dari penukaran nama ini, Rentap telah menjadi pemimpin yang terkenal dan disegani.

Rentap dalam gambaran pelukis (Kredit foto : Google)

Seperti Sharip Mashor, Rentap juga menentang penjajahan James Brooke yang bergelar ‘Raja Sarawak’.

Rentap menentang pemerintahan James Brooke kerana adat resam suku kaum Iban telah dicabuli oleh pemerintah bangsa Inggeris itu.

Di samping itu, Brooke juga melarang suku kaum Iban berdagang di persisir pantai bersama-sama orang-orang Melayu agar suku kaum Iban tidak bergaul dengan orang-orang Melayu.

Kekalahan kerajaan James Brooke di Kubu Nanga Skrang telah menyemarakkan lagi perjuangan Rentap.

Beliau telah membina sebuah kubu di atas Gunung Sadok dan menggelarkan dirinya sebagai ‘Raja Darat Sarawak’. Keadaan ini telah menggugat kedudukan James Brooke sebagai ‘Raja Sarawak’.

Pada bulan Jun 1857, James Brooke telah mengerahkan seramai 3,000 orang Than dan 500 orang Melayu untuk menyerang Rentap namun gagal. Pada tahun 1858 mereka sekali lagi menyerang Rentap, tetapi tetap tewas.

Hanya dalam serangan yang ketiga pada bulan September 1861, James Brooke berjaya memusnahkan kubu di Gunung Sadok.

Pada 28 Oktober 1861, pengikut-pengikut James Brooke telah membakar kubu Rentap tersebut. Bagaimanapun Rentap telah dapat melarikan diri ke Entabai, dekat dengan Sungai Kanowit.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia
Kredit foto : Google

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .