Home Artikel PAS Kedah

Pemuda PAS Sungai Petani ziarah Tuan Guru dan Ulama di serata Kedah

470
SHARE

SUNGAI PETANI – Pada 14 Mac 2021, Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah menyantuni Tuan Guru dan Ulama yang menetap di serata negeri Kedah.

Antara Tuan Guru yang berjaya diziarahi oleh rombongan jemaah kelmarin adalah:

  1. Tuan Guru Hj Sanusi Hj Salleh Al-Kholidi (yang menetap di Tokai)
  2. Tuan Guru Hj Abdullah Lebai Samat (yang menginap di Pondok Bukit Lada)
  3. Tuan Guru Hj Jusoh Hussian (yang menetap di Pondok Tobiar)
  4. Tuan Guru Hj Wan Izuddin (tinggal di Pondok Gajah Mati)
  5. Tuan Guru Hj Rahim (yang masih tinggal di rumahnya di Bukit Jagung, Pendang)

Program Ziarah Mahabbah ini telah diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani, Ustaz Mohd Hafis sharir bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Sungai Petani.

“Kunjungan tersebut telah mendapat sambutan yang baik dari pihak Tuan Guru dan warga pondok,

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru anak-anak muda untuk datang berziarah selagi Allah S.W.T memberi usia yang panjang buat mereka”, berkata Ustaz Hafiz Sharir setelah tamat sesi ziarah pada petang kelmarin.