Home Berita PAS Pahang

Senator Ir Hj Khairil Ziarah Ahli Ditimpa Musibah

375
SHARE

AHLI DEWAN NEGARA YB SENATOR IR. TS. HJ. KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN HADIR ZIARAH HAIQAL DAN IQHFAL.

  1. Seawal jam 7.00 pagi tadi kami menerima panggilan daripada Tuan Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Roslan Bin Md Esa memaklumkan YB KP Ir. Ts. Khairil Nizam akan turun ke Raub bersama Pengerusi Tetap Dewan Pemuda PAS Malaysia – DPPM, Ustaz Kamal Bin Ashaari – Mudir Komtaq Kerdau menziarahi sahabat kami Haiqal dan adiknya yang baru-baru ini telah kehilangan 4 ahli keluarganya yang tercinta dalam nahas kemalangan jalanraya di Kuala Dong jumaat lalu.
  2. Sekitar jam 6.00 petang rombongan DPPM tiba di rumah arwah disambut oleh Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Raub Pahang- DPPKRaub diketuai Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Raub, Ustaz Nurafwan Ghani bin Roshhlan bersama-sama dengan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bentong, Ustaz Naqib Sahimi. Turut hadir bersama kami iaitu dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Raub, diketuai Ketua Muslimat Hajjah Habidah Salleh ditemani editor Harakah Daily Kawasan Raub, Hajjah Jariah Ismail.
  3. YB Senator Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam yang juga selaku Ketua Pemuda Perikatan Nasional menyelami kisah perit yang dialami Haiqal dan adiknya Iqhfal. YB Senator mendoakan semoga Allah mengampunkan dosa-doaa awrah, dirahmati oleh Allah dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang soleh dan solehah. Semoga Haiqal terus tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupan di masa akan datang.
  4. Sumbangan turut dihulurkan buat Haiqal dan adiknya tanda ingatan bagi meringankan sedikit bebanan yang menimpa mereka dua beradik. YB Senator juga turut menyampaikan salam takziah dari seluruh warga DPPM kepada Haiqal dan Iqhfal.

Tarikh : 2 Sya’ban 1442H / 16 Mac 2021M/ Selasa

https://www.facebook.com/141505119248877/posts/4004204949645522/?d=n