Home Berita PAS Negeri Sembilan

Pemuda PAS Negeri Sembilan umum kepimpinan baharu 2021-2023

158
SHARE

oleh AMIR ZIKRA

SEREMBAN, 1 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan mengumumkan senarai kepimpinan baharu bagi sesi 2021–2023 hari ini.

Dalam satu kenyataan media yang disiarkan di Facebook Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ketua Pemuda, Mahfuz Roslan menyenaraikan 25 orang ahli jawatankuasa dengan 10 daripadanya adalah jawatankuasa harian.

Mereka yang telah dipilih membarisi jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Negeri Sembilan ialah Mahfuz Roslan selaku Ketua Pemuda, Muhammad Farid Hadhari Mahamed Rusdi (Timbalan Ketua Pemuda merangkap ketua Sektor Pendidikan), Abu Muaz Salleh (Naib Ketua Pemuda merangkap ketua Sektor Politik Anak Muda), Syed Iqbal Said Jamallulai (Setiausaha merangkap ketua Sektor Sumber Manusia dan Latihan), Zahirul Nukman Narakna (Penolong Setiausaha I dengan portfolio hubungan NGO & diplomatik, merangkap ketua Sektor Pengurusan), Mohamad Nazrin Abdul Mutalib (Penolong Setiausaha II dengan portfolio pengurusan dokumentasi), dan Mohd Fuad Zakaria (Bendahari merangkap ketua Sektor Kewangan dan Ekonomi).

Selain itu, turut dipilih ialah Mohd Zainullah Mohd Pauzi (Ketua Penerangan merangkap ketua Sektor Komunikasi Strategik), Zulfikar Abd Kasim (Pengarah Pilihanraya) dan Mohd Shahril Zainuddin (Pengarah Jabatan Amal merangkap ketua Sektor Tanggungjawab Sosial dan Khidmat Masyarakat). Kesemua mereka merupakan anggota jawatankuasa harian DPPN Negeri Sembilan.

Turut dipilih membarisi Jawatankuasa Kerja DPPN Negeri Sembilan ialah Mohd Luqman Hakim Jusoh (Pengarah Jabatan Perbendaharaan), Muhamad Hanafi Shamsuddin (Pengarah Akademi Kepimpinan Pemuda), Muhammad Ashraf Misran (Pengarah Jabatan Penerangan) dan Mohd Azwan Rosdi (Pengarah Jabatan SRITI). Keempat-empat mereka antara yang dipilih sebagai ahli jawatankuasa kerja dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan.

Seramai 11 orang telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja. Mereka ialah Ahmad Izzuddin Ahmad Shahbudin (Pengarah Akademi Tarbiyah), Wan Ali Akbar Wan Abdullah (Pengarah Institut Kajian Strategik), Najmuddin Rabbani Mustaffa (Pengerusi Lajnah Dakwah), Norhelmi Ab Ghani (Pengerusi Lajnah Kebajikan) dan Mohd Shamsul Abd Rashid (Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan, atau DACS).

Turut dilantik, Hamzah Hassan (Pengarah Jabatan Ekonomi dan Pembangunan Usahawan), Muhammad Irsyaduddin Mohd Fadzil (Pengarah Jabatan Pembangunan Remaja), Muhammad Arif Hakimi Maludin (Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa), Mohd Zafreen Shahril (Pengarah Jabatan Pembangunan Graduan & Profesional Muda), Abdul Sukur Saad (Pengarah Jabatan Media Baru) dan Mohamad Yassir Mohamad Kamil (Pengarah Jabatan PASTI).

Terdahulu, DPPN Negeri Sembilan telah mengadakan muktamar tahunan pada 24 Oktober 2021 bertempat di SRITI Generasi Qurani, Seremban. Dalam muktamar tersebut, bekas calon Parlimen Port Dickson dalam pilihan raya umum 2018, Mahfuz Roslan menang tanpa bertanding sebagai ketua pemuda menggantikan penyandang sebelumnya, Khairul Yazman Yahya.