Home Rencana PAS Johor

Sukan : JDT tak kalah, cuma belum menang

84
SHARE

Oleh : HAMIZI MASDUKI

Kita mensasarkan kemenangan, mengekalkan kejuaraan dan membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Johor, namun takdir berlaku sebaliknya.

Taktikal jurulatih KL City, Bojak Hodak dilihat lebih berkesan, dan akhirnya KL City memenangi perlawanan dengan dua jaringan tanpa balas.

Bojak Hodak merupakan nama besar di dalam bola sepak Malaysia, membimbing pasukan Kelantan (The Red Warriors) sepanjang 2012-2013, membawa kejayaan treble menjulang Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia pada tahun 2012.

Bersama pasukan JDT, beliau pernah membantu pasukannya menjuarai Liga Super pada 2014 dan Piala Sumbangsih pada 2015.

Program Tayangan Layar (Big Screen) malam semalam telah diadakan di Beborak Cafe Parit Besar.

Meraikan minat Bangsa Johor sama ada anak muda mahupun geng veteran.

Santai dan senyum walaupun kalah, kita semua tetap menikmati perlawanan.

Keputusan perlawanan semalam memberi impak istimewa kepada semua bahawa yang dilihat kuat belum tentu akan mencapai kemenangan.

Strategi dan perancangan adalah keutamaan selain takdir.

Terima kasih kepada Jawatankuasa Pemuda Cawangan (JPC) Parit Besar dan seluruh masyarakat yang bersama dalam program malam tadi.

Lupakan kedukaan, lepas ni kita fokus Piala AFF Suzuki 2020.

Turut menyertai kami semalam Ketua PAS Cawangan Parit Besar, Suhaimi Misman dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sri Gading, Firdaus Mahdi.