Home Berita PAS Kedah

PAS Kuala Kedah sumbang katil pesakit buat penduduk lumpuh

42
SHARE

Oleh HANANI ABDULLAH

KUALA KEDAH, 2 Dis – Timbalan YDP PAS Kawasan Kuala Kedah, Tuan Haji Muhammad Riduan bersama Naib YDP PAS Kawasan Kuala Kedah, saudara Abd Basir menyampaikan sumbangan katil buat penerima yang memerlukan.

Sumbangan katil sakit tersebut diserahkan kepada Puan Fatimah Mihat di Kuar Jawa. Penerima yang kurang berkemampuan ini telah pun mengalami keuzuran serta tidak mampu berjalan seperti sedia kala.

Tuan Rashidi selaku setiausaha PAS Kawasan juga berpeluang menyampaikan sedikit sumbangan berupa bakul makanan kepada penerima. Diharap penerima katil ini terus bertabah akan ujian ini dan didoakan semoga cepat sembuh dan kembali pulih.

Turut hadir bersama, Penyelaras DUN Anak Bukit, Tuan Rashidi Abd Razak,  JPKK Noordin Shaari, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan. Tidak ketinggalan, Pengarah JPRD Anak Bukit, Saudara Ramli turun padang bagi memantau segala gerak kerja yang dilakukan.