Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Pemuda PAS Negeri Sembilan | Laporan Polis Terhadap Penghina Nabi

361
SHARE

LAPORAN POLIS TERHADAP PENGHINA NABI.

Alhamdulillah, malam ini (24 Julai) kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban, Dewan Pemuda PAS Kawasan Rasah, Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan, Dewan Muslimat PAS Kawasan Seremban dan PAS Kawasan Seremban Sejahtera mengadakan laporan polis terhadap tindakan menghina agama Islam, Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW oleh sebuah akaun Facebook, di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Seremban 2.
.
Program turut dihadiri wakil Pergerakan Pemuda UMNO Seremban, kepimpinan KIMMA Negeri Sembilan, dan NGO-NGO Islam.
.
Antara tuntutan dalam laporan polis tersebut ialah meminta agar pihak berkuasa menyiasat individu di sebalik akaun Facebook yang berkenaan, dan dikenakan tindakan sewajarnya.
.
Seluruh rakyat Malaysia diseru agar terus mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam Negara ini dengan mematuhi undang-undang selain menghormati Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
.
Rakaman Siaran Langsung boleh tonton di sini :

#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan