Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

GHOST SMOKE DIBIMBANGI UNDANG KETAGIHAN PELAJAR

192 views
SHARE

GHOST SMOKE DIBIMBANGI UNDANG KETAGIHAN PELAJAR

Oleh:Wardah Abdul Rahman

ALOR SETAR: Kerajaan dituntut mengambil tindakan terhadap penjualan produk ‘Ghost Smoke’ yang boleh mempengaruhi pelajar sekolah kepada permulaan ketagihan rokok, vape dan seumpamanya.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Keluarga dan Wanita, Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, penjualan produk itu tidak memberi sebarang kebaikan dari sudut kesihatan, namun pengambilannya mula popular kalangan pelajar.

Kesali beliau, penjualannya secara berleluasa tanpa kawalan amat membimbangkan di mana kerajaan mesti berperanan untuk segera menghentikan penjualan gula-gula itu di pasaran.

Beliau mengulas demikian ketika ditemui dalam program Pertemuan Kepimpinan Muslimat PAS Negeri Kedah yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam.

Ustazah Ashah juga menyeru ibu bapa dan pihak sekolah bekerjasama memantau penjualannya di sekitar sekolah dan memastikan anak-anak mereka tidak terpedaya membelinya.

Gula-gula ‘Ghost Smoke’ ini menjadi tular dan didapati diambil secara berleluasa di mana ia boleh mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut.