Home Berita PAS Pusat

Pendakwah Mesti Tekun Membaca dan Menulis. (Kutip Ilmu dan Sebarkan.)

986
SHARE

PENULISAN DAKWAH

Naskhah Dakwah PAS Pusat. Siri 13
22 Zul Qaedah 1440 | 25 Julai 2019

Pendakwah Mesti Tekun Membaca dan Menulis. (Kutip Ilmu dan Sebarkan.)

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat
https://m.facebook.com/naskhahdakwah
https://t.me/Naskhahdakwah


1. Dua hari tidak diterbitkan naskhah dakwah, ada orang bertanya kepada saya kenapa terhenti ? Rupa-rupanya terdapat pembaca yang mengikuti setiap siri penerbitan Naskhah Dakwah PAS Pusat.

2. Alhamdulillah. Kami ucap terima kasih semoga Naskhah Dakwah yang diterbitkan dalam bentuk penulisan ringkas secara bersiri ini memberi manafaat kepada semua khasnya membangunkan minda dan aktiviti dakwah Islamiyah di bumi bertuah ini.

3. Namun, tentu sahaja saya tidak berkemampuan untuk menulis setiap hari. Terutama kekangan aktiviti yang padat dan kekerapan travel ke tempat program menjadikan masa dan mood menulis agak terhad.

4. InsyaAllah, Lajnah Dakwah PAS Pusat akan berusaha untuk melahirkan penulis yang mampu untuk menghasilkan penulisan dakwah yang baik.

5. Sebetulnya saya sendiri menulis kerana kewajipan dan tanggungjawab saya sebagai seorang dae’i (pendakwah) selain minat saya yang mendalam dalam bidang penulisan.

6. Awalnya, saya tidak jangka ada orang merindui tulisan saya lantaran saya selalu sahaja di”belasah” di media sosial ekoran pelbagai topik tulisan saya. Sementelah saya bukanlah penulis yang hebat sebagaimana penulis – penulis yang lain.

7. Saya sendiri meminati dan merindui penulisan murabbi ummah Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi, juga rakan – rakan saya yang lain seperti Dr Ridhuan Mohd Nor, YB Ustaz Nik Mohd Abduh, YB Dr Khairudin At Takiri, Dr. Zuhdi Marzuki, Dr Kamarul Yusuf, Sdr Abdul Muein Abadi, Ust. Alang Shukrimun, Sdr Mohd Nasir Abdullah, Ust Muhammad Najhan, Dr. Azman Ibrahim, Ust Mokhtar Senik dan lainnya yang prolifik dan mempunyai keistemewaan tersendiri dalam mengasah pena mereka.

Firman Allah swt :

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.

Surah An Nahl : 125

8. Penulisan adalah salah satu hikmah dalam mekanisme dakwah.

? Keindahan bahasa mampu meluruskan aqal budi manusia.

? Ketinggian nilai prosa kata boleh menundukkan egoisme insan yang angkuh.

? Ketajaman pena berupaya mematahkan hujjah mereka yang menyimpang.

9. Saya masih ingat bagaimana Risalatun Nur karya Syeikh Badiuzzaman An Nursi, Ma’alim Fit Toriq karya Syed Qutb Rhm, antara penulisan yang bukan sahaja membina pemikiran ummah tetapi juga membangkitkan semangat juang sehingga mampu menggugat penguasa zalim di zamannya.

10. Saya saran supaya semua pendakwah kita memaksimakan perbendaharaan ilmu negara dengan penulisan ilmiah dan bermutu selain ceramah, kuliah, khutbah, dialog, wacana dan lainnya kerana keberkesanan pena dalam membina fikrah, syakhsiyah dan aqidah adalah suatu yang sangat diakui oleh semua pihak.

11. Justeru itu Islam berkembang dengan tulisan bermula dengan pembukuan Al Quranul Karim dan Hadis Nabi saw yang kemudiannya diperkayakan oleh syarah dan tafsir oleh para alim ulamak melalui pelbagai disiplin ilmu.

12. Menulis bukan sahaja menghasilkan buku atau journal tetapi juga melalui laman sosial facebook, twitter, blog, web site dan juga whatsapp group, telegram dan lainnya.

Menulis bukan untuk mengejar rating, tetapi menukilkan kebenaran Islam dan menyebarkan perbendaharaan ilmu.

Islam Memimpin Perpaduan

Sekian.