Home Berita PAS Sarawak

Pemuda PAS Miri Singgah Sungkei di Stesen Bas Miri

1413
SHARE

10 Jun 2017, Miri – Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Miri telah berjaya mengedarkan sebanyak 100 paket juadah untuk bersungkei (berbuka puasa) kepada penduduk sekitar Stesen Bas Pujut Corner tempoh hari.

Program Singgah Sungkei ini telah diketuai oleh Naib Ketua DPPK Miri, Mohd Asyraf Mohd Hatta serta Ketua Jabatan Amal DPPK Miri, Abdul Hadi Alias bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mendekatkan Pemuda PAS Miri dengan masyarakat setempat serta memudahkan golongan Muslim untuk berbuka puasa ketika dalam perjalanan menaiki bas ke destinasi masing-masing.

Menariknya, rombongan DPPKM sempat menyantuni golongan masyarakat bukan Muslim dan dapat berkongsi keberkatan Ramadhan bersama mereka.

 

{jathumbnail off}