Home Artikel PAS Sarawak

Pemuda PAS Miri Singgah Sahur Bersama Pasukan Keselamatan

135 views
SHARE

10 Jun 2017, Miri – Sekumpulan ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri menyantuni 50 orang petugas bomba dan polis di empat balai di sekitar Miri bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang mulia.

Empat destinasi yang dikunjungi bermula seawal 12.30 tengah malam adalah Balai Polis Pusat Miri, Balai Polis Lutong, Balai Bomba dan Penyelamat Miri serta Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng.

Aktiviti yang bertujuan untuk menyantuni wira negara ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan pasukan keselamatan dengan PAS Kawasan Miri.

“Program singgah sahur ini diharap dapat menghargai pengorbanan pasukan polis, dan bomba yang bertugas tidak kira masa demi keselamatan masyarakat setempat,” ujar ketua Pemuda PAS Kawasan Miri, Awangku Alizul Azahari.

Turut hadir ke program ini ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak, Mohamad Arifiriazul bin Paijo.

Sebanyak 50 bungkusan makanan telah diedarkan semasa program Singgah Sahur ini.

 

 

{jathumbnail off}