Home Berita PAS Kelantan

Pemuda PAS mendahului – Isu kompaun tinggi kepada peniaga

214
SHARE

PENGKALAN CHEPA, 27 Apr — Ketua Pemuda PAS DUN Chempaka, Nik Muhamad Sharul Aimiey bin Nik Hassan, 31 bersama TKP PAS Pengkalan Chepa semalam, paling awal mengunjungi Wan Mohd Faisal Wan Kadir di Rambutan Rendang.

Beliau yang pernah dikompaun RM1,000 sebelum ini atas kesalahan sama, berasa sangat tertekan ekoran kompaun kedua RM50,000 yang dikeluarkan ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan dan mengakui kesilapan melepasi waktu urusniaga yang dibenarkan ketika PKP iaitu setakat jam 10:00 malam sahaja.

Difahamkan juga, kehadiran pihak Polis adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati kerana dilihat melakukan urusniaga penghantaran (COD) sehingga ke waktu sahur di kawasan perkilangan dan perkhidmatan penghantaran di luar waktu dibenarkan yang secara jelas melanggar SOP PKP.

Wakil pemuda daripada BERSATU dan PAN hadir di sebelah malam, juga menyatakan simpati dan melihat bantuan-bantuan yang boleh diberikan sama. Pemuda UMNO turut membuat kenyataan akan membantu dari segi nasihat guaman.

Dalam pada itu, sejumlah tiga peniaga dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 dan kesemuanya merupakan kes yang pertama seumpamanya di Kelantan.

MENTERI KESIHATAN MINTA DIKEMUKAKAN RAYUAN SEGERA

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pihaknya melihat kes itu sebagai satu kes khusus dan perlu ditangani dengan segera. Pihaknya amat prihatin dan memandang serius terhadap kes yang mendapat perhatian dan simpati ramai itu.

MENTERI UNDANG-UNDANG TEGASKAN GARIS PANDUAN

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan berkata, kompaun mesti dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan iaitu dikenakan kompaun maksimum RM10,000. Pesalah akan diberikan pengurangan sebanyak 50% sekiranya membayar kompaun tersebut dalam tempoh tujuh hari dan 25% sekiranya dalam tempoh 14 hari, katanya dalam satu kenyataan.

KETUA POLIS KELANTAN TELITI SEMULA KOMPAUN

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga berkenaan.

KETUA PEMUDA PERIKATAN NASIONAL BANGKITKAN ISU SOP DUA DARJAT

Ketua Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional, membangkitkan isu SOP Dua Darjat yang mesti dihentikan segera. Pesanan dibuat kepada semua agensi penguatkuasaan, agar bertindak dengan tegas dan telus serta menggunakan budi bicara yang penuh hikmah kepada semua pesalah (tanpa mengira darjat) terutamanya pada mereka yang dengan sengaja melanggar SOP.

KETUA PEMUDA PAS KELANTAN IRINGI KEMUKA RAYUAN

Mohd Ariff bin Abdullah, 41, Ketua Pemuda PAS Kelantan, mengiringi pasangan Wan Mohd Faisal dan sepasang peniaga colek ketika membuat rayuan pengurangan di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu, siang tadi.

WARGANET DAN NETIZEN NYATAKAN SIMPATI DAN SOKONGAN

Melalui media sosial, warganet seluruh negara menyatakan simpati serta ada yang menghulurkan bantuan kewangan sejak semalam. Antara tanda sokongan yang diberikan adalah nasihat yang baik seperti meminta para peniaga meneruskan perniagaan dengan baik dan lebih bersemangat. Patuhi SOP yang ditetapkan.

Seorang netizen dalam komennya, turut meminta dan menasihati peniaga secara umum agar daftar dan perbaharui pendaftaran perniagaan yang telah luput dengan SSM selain mendapatkan suntikan wajib typhoid bagi pengendali makanan, serta lesen niaga dari PBT sebagai antara usaha mengelakkan penyakit bawaan makanan yang lain.