Home Artikel PAS Melaka

PEMUDA PAS MELAKA BUAT LAPORAN POLIS GESA TINDAKAN TEGAS KE ATAS LIM GUAN ENG

571 views
SHARE

OLEH : ANAS ABDULLAH

MELAKA TENGAH : Dewan Pemuda  PAS Negeri Melaka  telah membuat laporan polis terhadap kenyataan rasis yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Muhammad Al Afiz Yahya, Lim Guan Eng secara terbuka mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.

Dengan laporan polis ini Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya atas kebiadaban melampau yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, serta tindakan beliau yang terus-menerus mengapikan perpecahan dengan unsur-unsur perkauman.

Turut hadir menemani Ustaz Muhammad Afiz membuat laporan polis ini ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka Ustaz Abu Naufal Samsudin bersama dengan beberapa orang ahli pemuda PAS.