Home Berita PAS Kedah

Pemuda PAS Kubang Pasu dan Jerlun bangkit mengecam penghina Nabi Muhammad

742
SHARE

KUBANG PASU- Khamis 25 Julai 2019 : Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang dan Jerlun telah membuat laporan polis terhadap kebiadaban Wendy Loong yang menghina Nabi Muhammad S.A.W menerusi karikatur disiarkan di media sosialnya baru-baru ini.

Laporan polis tersebut dipimpin Ketua Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu Ku Muhyi Ku Hamid dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerlun Abdul Hadi Omar yang diiringi pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu dan Jerlun serta ahli PAS, NGO dan orang awam di IPD Kubang Pasu malam tadi.

Himpunan bantahan dan laporan polis ini menjadi isyarat bahawa umat Islam atas kecintaan kepada Baginda S.A.W sama sekali tidak boleh terima terhadap sebarang penghinaan yang dilakukan.

Ketua Pemuda PAS Kubang Pasu Ku Muhyi Ku Hamid menegaskan, pihak polis menyiasat terhadap status FB Wendy Loong ini, sekiranya tulen individu yang melakukan kebiadaban ini mesti dikenakan hukuman tegas agar menjadi pengajaran kepada semua agar tidak melakukan sesuatu yang boleh mengundang sensitiviti umat Islam.

Manakala Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerlun Abdul Hadi berkata, isu seumpama ini sebenarnya terlalu serius kerana secara tidak langsung kesannya akan merosakkan perpaduan pelbagai kaum yang sepatutnya hidup secara harmoni dan saling hormat menghormati, pihak berkuasa perlu menyiasat dengan seadilnya tanpa ada sikap “double standard” yang melibatkan tangan aib pihak politik.

Abdul Hadi juga turut mengajak pemuda Amanah dan Bersatu yang sentiasa melaungkan bahwa mereka juga memperjuangkan islam di Malaysia ini supaya bangkit dengan membuat laporan polis sebagai tanda kebersamaan pemuda Islam dalam mempertahan kesucian islam di Malaysia ini.

Turut bersama dalam himpunan bantahan tadi ialah AJK PAS Kawasan Kubang Pasu dan Jerlun serta NGO-NGO islam dalam daerah Kubang Pasu.