Home Berita PAS Sabah

Laporan Polis Terhadap Penghinaan Nabi Muhammad SAW

881
SHARE

Oleh : AISYAH RAMADHA ISMAIL
25 Julai 2019

PUTATAN : AJK Dewan Muslimat PAS Putatan dan Sepanggar, Siti Aisyah dan Nur Badriah bersama Ketua Wanita Umno Negeri Sabah, Datuk Jainab Ahmad telah membuat laporan polis berikutan isu hina Nabi Muhammad SAW pada 25 Julai 2019.

Laporan itu dibuat bertempat di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu. PAS dan Umno mengambil serius dan cakna terhadap penghinaan Nabi Muhammad SAW.

Datuk Jainab Ahmad juga berkata, terbaru pada 24 Julai 2019 iaitu satu akaun Facebook yang dimiliki oleh Wendy Loong telah memuatnaik gambar yang menghina Nabi Muhamamd SAW di media sosial.

Perbuatan dilakukan Wendy Loong jelas mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia. Nabi Muhammad ialah manusia mulia yang telah diwahyukan oleh Allah SWT dan kena dihormati.

Turut hadir bersama Ketua Wanita Umno Sepanggar, Puan Kasmirah, Pemuda Umno Sepanggar, En. Ahmad Tarmizi dan Puteri Umno Sepanggar, Saudari Hafizah Yakubah berserta wakil Umno yang lain.