Home Kenyataan Media PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah Seru Rakyat Bersiap Sedia Pemulihan Ekonomi Pasca PKP

699
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
27 MAC 2020 | 2 Syaaban 1441H

Pemuda PAS Kedah Seru Rakyat Bersiap Sedia Pemulihan Ekonomi Pasca PKP

1- Dewan Pemuda PAS Kedah menyeru masyarakat agar bersiap sedia untuk menghadapi fasa pemulihan ekonomi ekoran Pakej Rangsangan Ekonomi yang di umumkan kerajaan.

2- Tindakan Kerajaan Perikatan Nasional mengumumkan pakej rangsangan yang berjumlah RM250 bilion itu jelas memberi isyarat bahawa pemulihan ekonomi pasca tempoh PKP amat penting untuk digembeling secara bersama antara rakyat, pihak swasta, entiti ekonomi dan pihak kerajaan.

3- Suntikan kewangan kepada poket rakyat melalui Bantuan Prihatin Nasional RM1600 dan bantuan-bantuan kepada individu yang lain adalah untuk memastikan putaran aktiviti ekonomi bergerak lancar dalam negara kita andai tempoh PKP tamat 14 April nanti.

4-Justeru , Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyeru agar rakyat mengambil sikap berjimat cermat, amalkan sikap menyimpan dan pastikan berbelanja pada kadar keperluan dan mengutamakan pembelian barangan tempatan.

5- Bagi golongan bujang yang juga menerima manfaat RM800 pemberian tunai dari pihak kerajaan , kami mencadangkan agar wang tersebut dibelanjakan secara berhemah dan tidak membazir kepada perkara yang kurang keutamaan.

6- Kami juga mengharapkan agar rakyat tidak lupa untuk melakukan kebajikan dengan dana yang diperolehi dengan menderma kepada tabung kebajikan COVID-19 yang diusahakan oleh pelbagai pihak.

Yang Benar,

Ust Nurul Amin Bin Hamid
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah