Home Berita PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah santuni masyarakat Tionghua dan India dalam program Sentuhan Jalinan Kasih

417
SHARE

PADANG TERAP 13 FEBRUARI 2021- Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah melalui Lajnah Perpaduan Nasional dan NGO mengadakan Program Sentuhan Jalinan Kasih di Kawasan Parlimen dalam negeri Kedah.

Di Kawasan Parlimen Padang Terap diketuai oleh Ketua Pemuda DPPNK Ustaz Nurul Amin Hamid bersama pimpinan Exco DPPNK yang lain menyantuni warga tionghoa dan India di sekitar Pekan Kuala Nerang.

Manakala Timbalan dan Naib Ketua Pemuda DPPNK Ustaz Nasrun Othman dan Ustaz Aizat Zakaria masing-masing turun di kawasan Parlimen Padang Serai dan Sungai Petani.

Program ini diadakan bagi mendekatkan lagi hubungan pemuda PAS Kedah dengan masyarakat kaum tionghoa dan India khususnya di negeri Kedah ini.

“program ini diadakan untuk menunjukkan bahawa PAS tidak pernah mendiskriminasi mana-mana bangsa dalam negara ini, dan konsep PAS for all boleh diterjemahkan kepada semua bangsa” ujar Khairul Anwar Awang Jaafar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional & NGO DPPNK.

Turut hadir dalam program ini ADUN-ADUN dan pimpinan pemuda di kawasan-kawasan yang terlibat.