Home Artikel PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah santuni asnaf

329
SHARE

Ustaz Nurul Amin Abdul Hamid , ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, merangkap Pegawai Khas Menteri Besar Kedah turun bersama YB Ustaz Salim Mahmod menyantuni & menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir, warga emas & Orang Kelainan Upaya ( OKU ).

Sumbangan yang disampaikan petang tadi adalah daripada Dewan Pemuda PAS Negeri kedah kepada sebahagian warga Kampung Bendang Baru, kampung Bukit Kecik & Kampung Kubang Lerek.

Turut bersama dalam Ziarah tersebut, Tuan Haji Radhi Mat Din Pengarah JPrD Bukit Lada, Ustaz Wan Aminuddin Wan Ali, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena, Jabatan Amal Pokok Sena, Muslimat Bukit Lada & Pegawai Pusat Khidmat DUN Bukit Lada.

Sebanyak 20 buah keluarga yang menerima bantuan daripada Dewan Pemuda. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.