Home Artikel PAS Selangor

Parti PAS Tidak Pernah Mengkhianati Rakan Muafakat – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Laras Nukilan TKP PAS Negeri Selangor

433
SHARE

Oleh : Ustaz Muhamed Sukri Omar

Suka untuk saya sebutkan pada rakan-rakan Muafakat Nasional, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Kalau kalian mahu mengenali rakan muafakat politik yang paling DIPERCAYAI dalam perjuangan memartabat rakyat. Itulah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat.

PAS melalui Sejarah Panjang dalam bermuafakat Politik lebih 7 kali bermuafakat. Tidak pernah sekali PAS mengkhianati rakan muafakat:
1) 1973 : Perikatan
2) 1990: Angkatan Perpaduan Ummah
3) 1999: Barisan Altenatif
4) 2008: Pakatan Rakyat
5) 2018: Gagasan Sejahtera
6) 2019: Muafakat Nasional
7) 2020: Perikatan Nasional

Bila kita bermuafakat politik kita harus saling menaruh kepercayaan antara satu sama lain. JANGAN SESEKALI KHIANAT!!!

Kita bermuafakat politik adalah bertujuan memastikan MELAYU ISLAM mendominasi politik negara. Dengan itu menjamin KESTABILAN NEGARA dan KEMAKMURAN EKONOMI. Perjuangan ini bagi membela Agama, Bangsa dan Negara.

Ustaz Mohamed Sukri Omar
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor