Home Artikel PAS Wilayah

Kepimpinan Berkat, Tanahair Rahmat

946
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena ulangtahun keputeraan rasmi baginda pada 8 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441H.

“Ya Allah, dengan RahmatMu, kurniakanlah kesihatan yang baik, kecerdasan akal fikiran dan kecekalan hati nurani serta bimbinganMu kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang kami kasihi dalam menjalankan amanahMu. Semoga negara kami akan terus aman, damai dan makmur di bawah pemerintahannya dengan berkat dan rahmatMu”.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. Semoga Allah merahmati kepimpinan Tuanku.

Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
8 Jun 2020 l 16 Syawal 1441H