Home Berita PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah buat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, P Ramasamy

802
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kesal dengan kenyataan jelik dan menghasut oleh beberapa individu mengenai isu perobohan kuil haram oleh pihak penguatkuasa.

Tulisan yang berbaur perkauman dan bersifat menghasut dan menghina oleh penulis B Nantha Kumar yang diterbitkan pada 10 Dec 2020, 1:03 pm boleh dicapai melalui link berikut:-

https://www.malaysiakini.com/news/554651.

Antara tulisan jelik dan menghasut tersebut termasuk memfitnah Menteri Besar Kedah tersebut dipetik sebagai:-

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang P Ramasamy mendakwa
Tindakan perobohan kuil di Kedah meminggirkan masyarakat India dan percubaan menghapuskan budaya kaum tersebut.

“Tindakan ini bermula sudah lama. Beribu-ribu kuil dirobohkan di negara ini.

“Saya percaya ia satu tindakan menghapuskan budaya dan agama Hindu secara perlahan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu pada 8 Disember 2020 Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang P Ramasamy itu memuat naik satu kenyataan mendakwa bahawa Menteri Besar Kedah sebagai seorang “The racist and extremist Menteri Besar of Kedah, Muhammed Sanusi Md Nor” dalam tindakan Menteri Besar mempertahankan peraturan dan undang-undang.

Pautan tersebut boleh dicapai di laman Facebook Prof. Dr.Ramasamy https://web.facebook.com/proframasamy/posts/3586535644718002

“Hantaran tersebut saya percaya sangatlah berniat jahat bagi menganggu dan mengugut pihak berkuasa melaksanakan undang-undang dan peraturan.

Malah bersifat menghasut bagi membangkitkan perasaan marah bangsa india terutama yang beragama hindu.

Perkara ini adalah bertentangan dengan undang-undang dan norma amalan bagi rakyat Malaysia.

Laporan ini dibuat bagi tujuan siasatan lanjut pihak polis di bawah Kanun Kesiksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia dan tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan kejadian rusuhan seperti Kuil Maha Mariamman berulang kerana rusuhan ini juga antaranya berpunca daripada kenyataan pemimpin seperti P Ramasamy tersebut.

Tindakan sedemikian ini sangat bahaya dan boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara kita”. Ujar Abdul Hadi Omar, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ketika ditemui selepas membuat laporan Polis di IPD Kota Setar tengahari ini.

Turut hadir dalam membuat laporan polis Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Ustaz Aizat Zakaria, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Sdr Ikram Zaki dan Sdr Syukri Sawai.